runia960412
5 tahun
Masalah sakit tulang belakang yang agak lama
Saya perempuan dewasa berumur 23 tahun. Doktor, saya ingin bertanya. Saya mempunyai masalah lower back pain yang agak lama. Hampir sebulan saya tidak berasa selesa dengan tulang lumbal dan sacral saya. Tiap kali saya berjalan, saya hanya boleh berjalan sekejap saja, kerana kesakitan di tulang di bahagian punggung semakin terasa dan seakan saya ingin terjatuh. Dan ia terasa berdenyut. Ubat tahan sakit juga saya sudah ambil tapi masih sama rasanya. Apakah rawatan yang perlu saya buat atau supplement apa yang perlu saya ambil untuk membantu mengurangkan sakit ini.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tambahan pula kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda, maka amat perlu untuk anda mendapatkan penyelesaiannya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.