Sulit
3 tahun
Memandangkan suntikan typhoid cuma bertahan 3 tahun, adakah saya perlu betul-betul tunggu tiga tahun untuk ambil semula suntikan typhoid yang kedua?
Saya pernah ambil suntikan typhoid pada hujung tahun 2018 tetapi saya lupa pada bulan berapa. Kad pula hilang. Sekarang ini saya dapat kerja baru dalam bidang makanan semula. Jadi saya nak tanya, memandangkan suntikan typhoid cuma bertahan 3 tahun, bolehkah saya ambil suntikan semula dalam masa terdekat atau kena betul2 yakin sudah lepas tempoh 3 tahun itu?
Terima Kasih
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Seperti yang anda sedia maklum, suntikan typhoid perlu diambil sekali setiap 3 tahun oleh pengendali makanan. Memandangkan anda tidak mengingati tarikh terakhir pengambilan suntikan typhoid, anda boleh mengambil ujian darah untuk mengetahui tahap antibodi dalam badan. Selain itu, anda juga boleh mengambil suntikan typhoid sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.