ahmadabdullah8338
4 tahun
Menghilangkn Tidur berdengkur
Sya lelaki berumur 65.masaalah sya ialah berdengkur semasa tidur.ini mengganggu tidur psangan sya.
Apakah ubat yg sesuai utk menghilangkn dengkur tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah berdengkur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- berat badan berlebihan
- tonsil yang membengkak
- obstructive sleep apnea
Rawatan adalah bergantung kepada punca masalah anda.
Jika berat badan berlebihan, anda disarankan untuk mengurangkan berat badan. Anda juga disarankan tidur secara menelentang agar membuka ruang udara pada saluran mulut untuk masuk dengan luas agar bunyi tidak terhasil sewaktu tidur. Walaubagaimanapun, jika pasangan anda perasan anda berdengkur pada waktu malam sehingga anda berhenti bernafas dan tersedar secara tiba-tiba untuk menarik nafas, anda mungkin mengalami Obstructive sleep apnea. Penyakit ini tidak baik untuk kesihatan kerana boleh mengurangkan kandungan oksigen dalam darah dan menyebabkan strok.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.