Sulit
2 tahun
Mual yang teruk sehingga rasa letih
saya remaja berusia 17 tahun… saya sering rasa mual sebelum tidur dan paling teruk waktu pagi sehingga menyebabkan saya tersedar dari tidur… mual yang teruk pada waktu pagi menyebabkan saya tiada selera makan dah tidak boleh bersarapan pagi… ketika rasa mual , perut saya berdenyut membuatkan saya tidak selesa sehingga rasa berdebar dan lemah… adakah ini membahayakn saya kerana ini terjadi hampir setiap hari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan rasa mual. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Ketidakseimbangan hormon
- Keracunan makanan
Saya menyarankan anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang tepat dan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi