Sulit
3 tahun
Mudah untuk muntah ketika berasa sedih marah dan gembira
saya putri nurnazyfa berumur 17 tahun sejak kebelakangan ni kalau saya berasa sedih, marah atau gembira saya akan rasa nak muntah dan rasa mual
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah mudah untuk muntah ketika berasa gembira, sedih atau selepas makan. Saya akan cuba menerangkan keadaan ini dengan sebaiknya.
Sebagai pengetahuan, muntah adalah reaksi biasa sekiranya anda berada dalam emosi yang ekstrem atau makan dengan cepat. Hal ini kerana sistem saraf sedang memberi rangsangan yang berlebihan kepada perut yang boleh mengakibatkan muntah. Namun, mudah muntah boleh juga menjadi simptom untuk penyakit berikut:
- Keradangan perut
- Ulser perut
- Penyakit metabolik
- Keracunan makanan
- Masalah psikologi
- Masalah ketidakhadaman
- Alergi
- Kanser
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar gastroenterologi kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi