Sulit
3 tahun
Ngilu di bahagian siku dengan paha ketika hari hujan dan sejuk
Saya wanita umur 25 ,tahun lepas saya mengalami kemalangan. Kejadian tersebut menyebabkan saya mengalami patah siku dan tulang paha, dan telah dimasukkan besi kekal. Ketika hari hujan atau sejuk, akan terasa ngilu dan sakit. Apakah yg menjadi punca menjadi ngilu? Adakah berlarutan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya kesan operasi besi kekal, kelemahan otot dan sendi, kelemahan tulang, gangguan saraf, gangguan saluran darah dan lain. Sekiranya ia adalah kesan selepas operasi, biasanya sebarang fisioterapi dapat membantu keadaan ini.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.