Sulit
2 tahun
Period keluar darah beketul dan selaput putih
Saya wanita 23 tahun . saya amik suntikan depo dan stop pada bulan 12/2020 sebab suami mula kerja outstation. tetapi period saya selepas itu tidak teratur. saya mula datang period pada bulan 10/2021 . dan seterusnya 12/2021 dan terkahir 3/2022. saya mula amik semula suntikan depo pada awal 4/2022 beberapa hari sebelum suami balik . sekarang saya datang. Masalah sekarang saya datang period tetapi saya perasan ada darah berketul dan ada selaput putih pada darah saya . ketulan itu agak besar . saya juga ada rasa mual+ pitam . . adakah itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala ketulan darah yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan
- kitaran haid yang tidak teratur
- ketulan darah haid
atau ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti
- Gangguan sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Tanda-tanda keguguran
- atau gangguan organ wanita yang lain.
Sila berjumpa dengan doktor dengan segera juga sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Dada atau jantung berdebar
- Lemah badan atau lesu
- Pitam atau hampir pitam
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.