Anonymous
5 tahun
Period tak stabil kerana masalah hormon
Saya remaja berusia 19 tahun dan saya start period umur 14 tahun. Setengah tahun pertama period stabil dan selepas tu dah jadi tak stabil dan paling lama 6 bulan. Saya cek di klinik doktor cuma kata kurangkan stress. Macam mana ye doktor. Dan saya search google kebanyakannya kata kerana masalah hormon? Betul ke
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Haid tidak stabil boleh berlaku kerana gangguan hormon dimana ianya atas sebab:
- Stress
- Metabolisme dan selera makan
- Kadar degupan jantung
- Kitaran tidur terganggu
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.