Sulit
4 tahun
Perut buncit adakah biasa atau fibroid
Hi, ibu saya berumur 65 tahun. Dia mengalami perut buncit. Pada mulanya saya syak ianya buncit biasa. Namun, keluarga saya rupanya mempunyai sejarah fibroid. Bagaimana saya boleh mengenal pasti penyakit ini dan medical checkup apa yg perlu ibu saya lakukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah perut buncit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengumpulan lemak di bahagian perut.
- Masalah dalam abdomen seperti fibroid atau ketumbuhan lain
- Pengumpulan air dalam rongga abdomen ( ascitis ) yang disebabkan oleh pelbagai penyakit
Anda boleh menyarankan ibu anda unntuk melakukan pemeriksaan kesihatan wanita penuh di klinik pakar wanita atau klinik kesihatan. Oleh kerana ibu anda tiada simptom yang membebankan, cara untuk mengenal pasti sekiranya beliau mempunyai ketumbuhan dalam abdomennya ialah melalui imbasan ultrasound. Untuk makluman anda, fibroid biasanya akan kecut selepas menopaus kerana fibroid merupakan ketumbuhan yang bergantung kepada hormon estrogen.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.