Sulit
2 tahun
Sakit kepala yang berpanjangan setelah sembuh dari Covid19
Saya telah disahkan positif covid-19 pada 18.01.2022 yang lalu tetapi sehingga sekarang saya masih mengalami sakit kepala yang teruk hampir setiap hari. Adakah ini normal bagi bekas pesakit covid? Adakah saya boleh dijangkiti lagi memandangkan sekarang di pejabat saya ada beberapa pegawai yang telah disahkan positif dan kami berada di ruangan yang sama?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Long COVID (juga dipanggil Post-Covid Syndrome) merupakan gejala yang berterusan lebih daripada 4 minggu selepas sembuh daripada jangkitan Covid.
Gejala long Covid merangkumi:
- Keletihan yang melampau ( Fatigue )
- Sesak nafas
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada atau sesak
- Masalah dengan ingatan dan tumpuan (“kabus otak” ataupun Brain fog )
- Kesukaran tidur ( insomnia )
- Jantung berdebar-debar
- Pening
- Sakit sendi
- Kemurungan dan kebimbangan
- Tinnitus, sakit telinga
- Rasa sakit, cirit-birit, sakit perut, hilang selera makan
- Suhu tinggi, batuk, sakit kepala, sakit tekak, perubahan kepada deria bau atau rasa
- Ruam
Selepas seseorang sembuh daripada jangkitan COVID, mereka akan mempunyai sedikit lindungan, tetapi masih boleh dijangkiti semula. Oleh itu, saya menasihatkan untuk mengikuti SOP, pakai topeng muka, cuci tangan dan elakkan tempat yang ada ramai orang.
Anda harus menjumpai doktor untuk mendapatkan pengesahan tentang status kesihatan anda dan rawatan awal untuk mengelakkan situasi yang tidak diinginkan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini