
Sulit
4 tahun
Sakit tulang belakang sebelah kiri secara kerap
Selamat sejahtera Dr. Saya sering mengalami sakit tulang belakang di sebelah kiri jika saya tunduk atau tidak berdiri tegak. Kebarangkalian saya mengalaminya adalah disebabkan oleh terlalu lama duduk bersila ketika online class. Saya tidak pasti apa yang perlu saya buat dan apalah langkah seterusnya untuk mengurangkan sakit tulang belakang saya. Saya harap Dr dapat memberikan solusi untuk masalah saya supaya dapat pergi ke hospital atau klinik untuk membuat rawatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa hal, seperti:
- masalah muskuloskeletal seperti masalah tulang belakang iaitu spondylolisthesis, slipped disc
- masalah jangkitan seperti abses epidural (bungkusan saraf di tulang belakang), peritonitis
- masalah terkait buah pinggang seperti batu karang di buah pinggang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengenalpasti penyebab rasa sakit anda, serta ubat yang bersesuaian, silakan merujuk doktor. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor . Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.