Sulit
3 tahun
Tangan berpeluh Dan gatal-gatal
Saya Wanita berusia 22 tahun, mengalami Tangan Dan Kaki berpeluh Dan gatal-gatal sehingga Tangan mengeluarkan biji merah Dan berair.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah tangan dan kaki yang kerap berpeluh boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Pengaruh genetik - sejarah keluarga menjadi punca dalam 30% daripada kes tersebut.
- Tekanan fizikal
- Tekanan emosi.
- cuaca yang panas
- merokok
Anda disarankan:
- minum banyak air/ air yang mencukupi
- berhenti merokok jika anda merokok
Jika gejala ini masih tidak membaik sehingga mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan agar ubat-ubatan tertentu dapat diberikan kepada anda.
Bagi mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Untuk info lanjut atau jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.