Sulit
3 tahun
Peluh berlebihan setiap masa
Hello doktor, saya berumur 16 tahun. Saya mengalami penyakit berpeluh setiap masa semasa saya kecil dan peluh ini berhenti keluar. Tiba-tiba penyakit ini datang secar tiba-tiba. Sudah hampir 3 bulan tangan dan kaki saya berpeluh. Saya sebagai pelajar yang mempunyai banyak kerja sekolah menyebabkan saya stress sebab susah untuk memegang pen dan menulis. Saya sentiasa membawa lap tangan kemana-mana namun pelut tersebut tidak boleh diserap oleh lap. Peluh itu akan keluar sepanjang masa kecuali tangan saya terkena air dan semasa tidur. Jika saya membuat pembedahan peluh ini akan keluar di kawasan lain selain tangan dan itu akan menyusahkan saya sebagai seorang pelajar. Selain botox dan umakan ubat, doktor tidak ada cara lainkah untuk penyakit saya. Saya semakin stress untuk menulis karangan yang panjang dan sebagainya. Bolrh doktor tolong saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa masalah berpeluh berlebihan ini sudah berlaku sejak anda kecil dan kini ia kembali semula sejak 3 bulan lalu. Anda tertekan dengan keadaan ini serta ingin tahu langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda nyatakan seiring dengan keadaaan Hyperhidrosis. Ia adalah keadaan di mana peluh berlebihan berlaku tanpa sebarang senaman atau cuaca panas. Masalah ini boleh berpunca daripada keturunan atau masalah kesihatan yang lain. Rawatannya juga turut berbeza bergantung pada punca sebenar masalah anda.
Antara langkah-langkah lain yang boleh anda ambil adalah:
- Menggunakan produk kesihatan antipeluh
- Krim topikal Glycopyrrolate
- Terapi Iontophoresis
- Ubat pemblokan saraf
- Injek botoks
Ini hanyalah pilihan umum yang anda boleh ambil bagi masalah kesihatan tersebut. Namun, saya sarankan agar anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang tepat untuk gejala anda. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara online untuk mendapatkan rawatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!