Sulit
4 tahun
Peluh yang berlebihan dan berdebar debar
Saya seorang yang sangat kuat peluh terutama pada muka. Saya tak dapat buat kerja sebab peluh ni. Saya boleh berpeluh sebab benda2 yang remeh cth : orang ramai di kedai sebab saya cepat nervous. Lagi satu saya selalu berdebar2 yang sangat kerap. Peluh ni sangat2 mengganggu saya sebab banyak benda saya tak boleh buat sebab malu peluh keluar di muka saya. Apa yang perlu saya lakukan
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kondisi yang anda lalui ini dikenali sebagai Hyperhydrosis dimana seseorang itu mempunyai kelenjar peluh yang aktif. Pada pendapat kami, terdapat beberapa cara yang anda boleh mencuba untuk mengurangkan gejala yang anda lalui iaitu:
- Memakan cuka epal untuk mengawal pH dalam badan
- Menggunakan anti-perspirant yang diperskripsikan oleh doktor anda (Drysol, Xerac etc.)
- Mencukur bulu muka
- Mengelakkan daripada makanan berminyak dan yang digoreng.
- Ubat-ubatan yang menghalang pengsarafan kelenjar peluh
- Pengambilan Botox atas nasihat dan rawatan doktor
- Kurangkan gejala stress anda.
- Gunakan anti-depressant atas preskripsi yang diberi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.