julie
5 tahun
Teman lelaki saya ada masalah kulit mengelupas dan kering dekat luar teling
Hi Dr. , teman lelaki saya ada masalah kulit mengelupas dan kering dekat luar telinga? Adakah penyakit kulit ini boleh berjangkit?
5 tahun
Salam sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, teman lelaki anda berkemungkinan besar telah menghidap sejenis penyakit kulit yang dikenali sebagai psoriasis. Psoriasis ialah sejenis kondisi di mana kulit pesakit menjadi tebal pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan orang biasa.
Kulit yang menebal dengan cepat akan tanggal dengan cepat dan inilah yang menyebabkan kulit mengelupas dan kering yang dialami oleh pesakit psoriasis. Pesakit psoriasa biasanya akan mempunyai kulit yang mengelupas di:
- Belakang telinga
- Sekeliling rambut dan kepala
- Lutut
- Siku.
Psoriasis tidak akan berjangkit dan merebak kepada orang lain. Biasanya psoriasis merupakan sejenis penyakit kronik yang tidak boleh disembuhkan. Namun demikian, penyakit psoriasis boleh dikawal dengan menggunakan ubat sapu dan ubat makan untuk mengurangkan penghasilan kulit yang baru.
Sesetengah pesakit psoriasis akan mengalami komplikasi lain seperti sakit sendi. Oleh itu, anda digalakkan untuk membawa teman lelaki anda untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai.
5 tahun
Salam sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan teman lelaki anda. Psoriasis adalah keadaan autoimun kronik yang menyebabkan pembentukan sel-sel kulit yang terlampau.
Mereka terkumpul atas permukaan kulit dan kemudian memberi kesan seakan sisik pada kulit. Biasanya sel-sel kulit tumbuh pada bahagian dalam kulit dan perlahan-lahan naik ke permukaan. Akhirnya, mereka mati dan diganti dengan yang baru.
Jangka hidup sel kulit adalah satu bulan. Bagi pesakit psoriasis, proses pembaharuan mungkin berlaku dalam beberapa hari sahaja. Oleh sebab itu, sel-sel kulit tidak mempunyai masa untuk mati. Penghasilan yang pantas dan kerap ini membawa kepada lebihan pembentukan sel-sel kulit.
Gejala psoriasis berbeza mengikut individu dan bergantung kepada jenis psoriasis. Kawasan psoriasis boleh sekecil beberapa kepingan pada kulit kepala atau siku, atau melibatkan sebahagian besar badan.
Psoriasis tidak merebak. Anda tidak boleh dijangkiti atau menyebakan jangkitan kepada orang lain.
Kesimpulannya tiada apa yang perlu anda risaukan kerana psoriasis bukan penyakit berjangkit.