fiqkah12
5 tahun
Psoriasis semakin teruk
Saya baru berumur 23 tahun dan menghidap penyakit psoriasis. Sejak kebelakangan ni keadaan kulit saya semakin teruk bukan sahaja kaki juga tangan dan bahagian kulit kepala. Saya hilang keyakinan diri dan amat memerlukan bantuan. Apakah yg perlu saya lakukan untuk sekurangnya mengubati penyakit ini? Dan dimana saya perlu pergi untuk mendapatkan rawatan.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda rawatan psoriasis bergantung kepada simptom dan tahap psoriasis anda. Oleh yang demikian, kami memerlukan beberapa maklumat tambahan daripada anda terutamanya apakah rawatan yang sedang anda terima dan kebolehtahanan (tolerance) anda terhadap sesuatu ubat tanpa kesan sampingan.
Anda boleh ke klinik kesihatan, klinik swasta ataupun berbicara dengan doktor bertauliah kami secara atas talian pada link ini (DoctorOnCall)* untuk memeriksa tahap psoriasis anda dan seterusnya ubat rawatan yang bersesuaian dengan anda. Terima kasih