Sulit
3 tahun
Skim Bantuan - Psoriasis Injection (Cosentyx)
Hi,
Saya mempunyai psoriasis hampir seluruh badan dan sy pernah terdengar, ada hospital awam yang dapat cover bayaran utk penjawat awam.
Ibu saya seorang penjawat awam dan sy berumur 26 tahun, sudah bekerja dan berkahwin.
Adakah saya layak mendapat skim sekiranya saya ibu saya menggunakan skim tersebut ke atas saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, setiap hospital awam Malaysia dapat memberi bantuan bayaran seperti socso untuk warganegara kita mengikuti dasar setiap hospital. Anda boleh cuba merujukkan perkara ini kepada doktor anda untuk mengetahui kelayakan anda untuk terima bantuan ini mengikuti dasar hospital tersebut.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.