Sulit
3 tahun
Cara penjagaan psoriasis
Saya sudah lama mengalami psoriasis.Apakah punca psoriasis . .jika keturunan ada yg mempunyai masalah darah seperti leukemia dan lain2 Adakah ini juga merupakan punca psoriasis?
3 tahun
Selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
Namun gejala yang sama boleh juga disebabkan gangguan yang lain. Antaranya:
- Dermatitis Kontak Alergi
- Gangguan alahan atau alergi
- Steven Johnson Syndrome
- Dan lain-lain
Antara faktor yang boleh memicu psoriasis pula termasuk
- stres
- obesiti
- genetik keluarga (khususnya yang pernah mengalami gangguan psoriasis)
- kerosakan kulit
- ubat-ubatan tertentu
- jangkitan kuman atau virus
- dan lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Berhenti merokok
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Krim seperti korticosteroid dan retinoid juga boleh membantu mengurangkan gejala kulit mengelupas yang ringan dan sederhana. Namun anda tetap dinasihatkan mendapat nasihat doktor secara langsung terlebih dahulu.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.