Sulit
2 tahun
Tulang belakang. Mak berusia 55 tahun
Salam doktor, baru2 ni mak saya sakit belakang, di bahagian sekitar pinggang dan ke punggung. Mak kata sakit macam urat tegang. Mak saya rasa susah nak pusing ke kiri dan kanan. Nak bangun duduk pun susah. Jadi doktor, apa yang saya boleh buat? Adakah perlu bawa jumpa doktor berdekatan ?
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang kesakitan di bahagian tulang belakang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Postur badan tidak kondusif ketika duduk
- Maslah cakera tulang belakang - seperti slipped disc, herniated disc
- Masalah otot pelvis - seperti keradangan
- Masalah buah pinggang - seperti jangkitan kuman, keradangan
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum gejala gejala tersebut mengundang komplikasi yang lebih teruk. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.