
Faradiya
6 tahun
Adakah normal lepas bersalin haid jadi tidak teratur?
Hai doktor ,
Sya nak tanya normal ke lepas bersalin haid tak teratur ? Maksud saya sebelum berkahwin saya haid selama 7 hari selepas kahwin haid saya tidak menentu , kadang 5 hari kadang 4 hari dan sekarang 3 hari boleh bagi penjelesan dok ???

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Masalah haid tidak teratur merupakan salah satu kondisi yang paling biasa dalam kalangan wanita. Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Berdasarkan kenyataan anda di atas, haid tidak teratur anda adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan anda selepas anda melahirkan anak. Semasa anda mengandung, keseimbangan hormon anda berubah untuk menghentikan haid supaya anak anda boleh membesar di dalam kandungan anda. Selepas anda melahirkan anak, hormon yang menghentikan haid masih terdapat di dalam badan anda. Badan anda akan mengambil masa untuk mengurangkan hormon tersebut dan meningkatkan paras hormon lain untuk mengembalikan haid anda.
Selain itu, jika anda menyusui anak dengan dengan susu ibu, otak anda akan mengesan bahawa anda sedang menyusu dan otak anda akan menghantar isyarat untuk meningkatkan perembesan hormon prolaktin. Hormon prolaktin merupakan hormon yang meningkatkan penghasilan susu di dalam badan anda tetapi ia juga akan menghentikan haid. Biasanya haid akan mengambil masa beberapa bulan untuk kembali kepada normal selepas anda berhenti menyusui anak anda dengan susu ibu.