
shahrulzamri94
5 tahun
Apakah jenis jenis penyakit kronik yg boleh membawa kepada convid 19?
Dr, ada soalan . Saya 25 tahun .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Penyakit kronik tidak boleh menyebabkan jangkitan COVID-19. Sesiapa yang mempunyai masalah penyakit kronik lebih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 kerana imuniti yang rendah daripada normal. Contoh penyakit kronik ini ialah:
- Masalah jantung
- Penyakit kencing manis
- Kegagalan buah pinggang
- Masalah paru-paru
- Pengidap kanser
- Masalah darah tinggi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini