
Sulit
3 tahun
Baby tak berak seminggu lebih
Hai doktor, nak tanya normal kah baby tak berak seminggu lebih, tapi baby saya ok. Baby selalu bau busuk, baby saya hisap susu badan sepenuh nya, normal doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, setiap bayi mempunyai kekerapan membuang najis yang berbeza dan perkara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti:
- Umur
- Pergerakan usus
- Sistem pencernaan
- Pemberian susu (badan, formula atau kedua-duanya)
- Status kesihatan
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Selain itu, kekerapan membuang najis oleh bayi yang berumur adalah sekitar satu kali sehari sehingga satu kali seminggu. Walaupun begitu, anda perlu memantau keadaan anak anda secara menyeluruh. Sekiranya bayi anda menunjukkan sebarang gejala atau ketidakselesaan, kami sarankan anda untuk membawa si kecil anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.