Sulit
2 tahun
Anak kencing pekat dan berlendir
Hi doktor. Saya mahu tanya,anak saya berumur 2 tahun. Sewaktu saya tukar lampinnya tadi pagi saya dapati air kencingnya pekat dan berlendir. Kadang kadang air kencingnya seperti ini tapi tidak kerap. Saya tidak tahu apa penyebabnya. Mohon penjelasan yang lebih terperinci doktor. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca kencing berlendir. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Penyakit batu karang di buang pinggang atau punding kencing
- Radang saluran kencing
- Dehidrasi
Bagi mengetahui apakah punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut tentang masalah yang anda hadapi perlu kami perolehi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.