Sulit
2 tahun
Bayi 1bulan setengah berak hijau
nak tanya ada anak saya berak warna hijau. baby saya baru sebulan lebih minum ssusu campur fm nan bf…tpi banyak fm lah sbb bf pon da tak bnyak susu . baby minum enfalac+ sblum ni s26…tuka sbb baby tak membuang…lepas tuka susu taik dia hijau dan bau dia kuat juga…adakah ia normal?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan bayi anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, bayi anda menghadapi masalah brak hijau. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman pihak anda, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau. Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa najis bayi yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.