Sulit
2 tahun
Baby selalu muak minum susu formula sepenuhnya
Saya nak tanya anak saya dah 2 bulan lebih. Setiap kali susu mesti akan muak adakah normal? Kadang muak lepas susu, lepas mandi or time dukung. Dlm sehari bnyak kali jugak muak. Berat 2 bulan 4.8kg. Berak okay. Adakah patut tukar susu? Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Bayi tidak disendawakan selepas menyusu
- Bayi terlebih minum susu daripada yang sepatutnya
- Bayi mungkin mempunyai alahan kepada susu lembu atau lactose intolerant
- asid refluks
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.