
Sulit
5 tahun
Batuk lebih 3 minggu hampr sebulan, tetapi dah mula kurang cuma belum baik lagi
sejak 8mac dah mula sakit tekak, batuk dan selesema. Pegi klinik swasta , dok beri ubat batuk merah, ubat kumur dan selsema, masuk mggu ke 2 batuk kahak dlm 10 hari, dlm masa tu saya ambil ubat batuk 2 jenis ubat batuk cap kelapa laut afrika dan satu ubat diphenydramine expectorant… masuk mggu ke tiga batuk dah kurang,dan tak berkahak…tp masih batuk lagi terutama bila sejuk…2 hari lepas pegi klinik kerajaan , doktor ambil darah cek…ada sedikit kuman, doktor beri ubat antibiotik… bila makan hilang batuk…bila terlepas waktu makan ubat…batuknya datang semula…soalan saya…adakah selepas sebulan batuk, symptomp saya ni dikira jangkitan covid, tiada sejarah keluar negara, tiada contact rapat… wlaupun dah kurantin diri lebih 14 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- dehidrasi
- cuaca panas
- radang pharynx
- radang tonsil
- jangkitan virus “common cold”
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Namun, kita perlu melihat samada anda memerlukan ujian saringan COVID-19 atau sebaliknya. Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini