
Sulit
4 tahun
Bayi menangis selepas minum susu
Bayi saya berusia 7 minggu. Dari awal bayi saya minum fm. 6 minggu pertama minum dutch baby. Pada awalnya ok. Pada minggu ke6 bayi mula muntah. Telah rujuk ke klinik dan doktor maklum kerana kahak. Selepas itu saya tukar ke susu formula khas, frisolac comfort untuk elak muntah. Muntah dah tiada cuma saya perasan baby akan menangis dengan kuat lepas 1jam atau 1jam lebih minum susu (dari awal baby kuat menangis malam). Kemudian saya tukar lagi susu similac lactose free namun masih sama. Bayi menangis seperti sakit perut dan perut memang sentiasa kembung. Bayi menangis lepas susu biasa sebelah petang hingga lewat malam. Selepas itu baby keletihan dan akan tidur. Sebelah pagi juga bayi minum susu dan tidak menangis. Apa masalah bayi saya doktor?susu tidak sesuai atau dia ada masalah kesihatan yang lain.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami ke khuatiran pihak puan & suami. Kami juga mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh anak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Umumnya gejala bayi menangis yang diikuti dengan gejala lain (i.e. perut kembung) boleh menandakan ianya
- kelaparan susu
- tidak selesa dengan suhu ruangan
- ketidakserasian susu formula
- gangguan saluran pencernaan
- atau gangguan dalaman yang memerlukan pemeriksaan doktor
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Bagi menyingkapi masalah air susu yang kurang, saya sarankan puan jangan berhenti memberikan susu badan, kerana ini dapat mengelakkan dari payudara menjadi lebih malas untuk mengeluarkan susu badan. Selain itu, puan juga boleh mendapatkan suplemen yang mengandungi antaranya:
- Fenugreek
- Fenel
- Coleus Amboinicus
- Dan ekstrak kurma
Kami juga sarankan bahawa puan mendapatkan nasihat secara langsung oleh doktor yang bertauliah, agar suplemen yang dicadang untuk diambil benar-benar dapat membantu dan bukan sebaliknya.
Kesihatan ibu dan bayi sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Tambahan lagi, anak bayi sangat digalakkan untuk mendapat susu ibu sehingga umur 6 bulan, ini adalah kerana khasiat yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat dibandingkan dengan zat-zat dari mana-mana susu tepung.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.