Sulit
3 tahun
Eczema pada badan, gatal2 pada waktu malam
Sy berumur 34 tahun dan mengalami eczema. Badan gatal2 dan tanpa sedar menggaru pada waktu malam. Adakah medicine yg sesuai selain dr apply cream? Kerana kurang selesa dgn pemakaian cream di serata tempat.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui tentang ubat lain yang boleh digunakan untuk masalah anda.
Hanya seseorang doktor pakar kuli dapat memberikan informasi ini.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Berhenti dari pemakaian produk yang anda rasa memicu gejala tersebut dengan segera
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
- Mendapatkan bantuan doktor sesegera mungkin
Anda disarankan mendapatkan konsultasi pakar secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!