yanasusu14
4 tahun
Scalp eczema. Kesan yang menstresskan
Saya penghidap scalp eczema setelah disahkan doc kulit kat private clinic. Lepas sembuh drpd penyakit tu rambut sy jarang sgt kesan gugur semasa menghidapi penyakit tu… eczema tu buat sy garu dan tercabut akar rambut. Macamana cara nak bagi rambut lebat balik? Sy rasa tertekan.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapatlah banyak jenis rawatan untuk keguguran rambut. Antaranya:
- Ubat-ubatan (Minoxidil)
- Tampalan rambut
- Pertanaman rambut
Namun begitu, anda perlu merujukkan masalah anda kepada klinik-klinik yang menyediakan servis untuk rawatan keguguran rambut. Pakar mereka akan memeriksa dan mengenal pasti rawatan yang paling sesuai untuk anda kerana rawatan yang tidak sesuai akan menyebabkan lebih banyak masalah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.