Sulit
3 tahun
Gula dalam darah rendah
Hi dr,sy baru sja cek paras gula dlm darah sy dan hanya 4.2. Padahal sy sudah makan dan minum teh ais. Adakah sy berisiko untuk mendapat penyakit diabetes?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, bacaan gula dalam darah yang rendah ialah 4 dan kebawah. Maka, anda tidak mengalami bacaan yang rendah. Namun, jika anda alami menggigil, pening kepala, perubahan personaliti dan lapar yang melampau, anda mungkin alami gula yang rendah dalam darah walaupun bacaan tidak begitu rendah.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Bagi info lanjut, Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.