Anonymous
5 tahun
Haid/period yang tidak teratur
Saya berumur 32 tahun ada 2 org ank mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur sejak beberapa tahun. Darah haid keluar terlalu kerap dan tempoh masa yg lama… cth utk bln ni darah keluar spot selama 7 hari. kemudian baru haid yg normal selama 7 hari = 14 hari. 6 hari lps darah kering dtg kembali darah spot… sy telah berjumpa dgn doc pakar dn menyatakan telur ovari sy tidak brkembang. Di bln ramadan ni sy rs tak pasti utk berpuasa. Ada ke apa2 cara utk masalah sy ni? Dh byk ikhtiar sy buat tetapi kitaran masih tak cantik. Sy teringin nk hamil ank ke 3
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara sebab-sebab yang boleh menjejaskan kitaran haid wanita termasuk:
- Gangguan hormon apabila berlakunya perubahan badan seperti kehamilan, selepas melahirkan anak, keguguran anak dan ketika akil baligh atau menopaus.
- Penggunaan kontraseptif seperti kontraseptif hormon atau alat kontraseptif dalam rahim.
- Tekanan emosi, masalah pemakanan kerana anoreksia atau bulimia, perubahan berat yang terlampau banyak atau senaman berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti fibroid, endometriosis, gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik dan kanser organ reproduktif.
- Kesan sampingan ubat seperti ubat tiroid, antiepileptik, antidepresan dan penipis darah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.