Anonymous
2 tahun
Hidung berdarah sebelah kiri (baby)
anak saya berusia 1 tahun 1 bulan.
Hidung berdarah sebelah kiri pada awal pagi akibat sejuk kipas dan udara dalam bilik panas.
Soalan saya, perlukah saya bawa ke klinik/hospital untuk rawatan?
Darahnya sewaktu saya sedar dah kering.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat kemungkinan hidung bayi anda berdarah kerana suhu di dalam bilik yang panas boleh menyebabkan salur darah di hidung bayi mengembang dan pecah sedikit menyebabkan pendarahan kecil. Saluran darah pada hidung adalah lebih lemah dan mudah tercedera lebih-lebih lagi pada bayi.
Sekiranya pendarahan tersebut berlanjutan, amatlah disarankan untuk anda segera merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.