latifahbakari01
2 tahun
Hidung berair (resdung)
Saya remaja 18 tahun, kerap bersin , hidung berair . Sering berlaku setiap minggu . Saya sudah berjumpa dengan doctor. Tetapi tiada sebarang perubahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah kerap bersin dan hidung berair boleh disebabkan pelbagai perkara seperti:
- Radang sinus atau resdung
- Alahan terhadap habuk, cuaca sejuk, jerebu atau makanan tertentu
- Terdedah kepada udara yang tidak bersih seperti asap rokok, jerebu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan anda telah berjumpa doktor, kami perlu mengetahui apakah rawatan dan diagnosis yang diberikan oleh doktor terhadap anda serta maklumat-maklumat lain sebelum membuat kesimpulan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kembali kepada doktor yang merawat anda atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.