rosmahaliza6666
2 tahun
Hidung brdarah sbelah kiri
Suami sya brumur 46tahun telah mngalami pendarahan yg banyak hingga masuk ke tekak dn ada darah beku kluar dari mulut…2 ari lepas pn suami dh kena…apa yg patut sya wat…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, suami puan mungkin mempunyai masalah ‘epistaxis’ atau lebih dikenali dengan nama hidung berdarah (Nose Bleed). ‘Epistaxis’ merupakan sebuah keadaan di mana berlaku kecederaan kepada saluran darah dalam hidung yang menyebabkan berlakunya pendarahan seperti ini.
Antara punca utama berlakunya masalah ini yang sering kali dialami oleh masyarakat sekalian ialah
- menghembus terlalu kuat
- cuaca persekitaran panas terik
- masalah jangkitan bakteria atau virus
- trauma kepada bahagian hidung
- pertumbuhan luar biasa dalam hidung
Oleh itu, saya nasihatkan untuk melakukan kaedah mudah seperti memicit hidung selama 5 hingga 10 minit untuk berhentikan pendarahan atau boleh meletakkan ais pada hidung dan ini juga boleh membantu menghentikan pendarahan.
Namun, sekiranya keadaan ini berulang banyak kali, saya sarankan puan untuk membawa suami puan ke hospital dengan segera untuk pemeriksaan lanjut serta mendapatkan rawatan. Ini kerana darah yang banyak keluar ini akan mengakibatkan suami puan mendapat anemia (kurang darah merah).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.