fadilahjamaludin0
2 tahun
Ketulan biji di rahang
doctor saya ada tanya soalan tentang ulser di tekak saya dan bengkak di kelenjar leher. selain itu, saya juga ada biji di rahang kanan. bila tekan rasa biji tu bergerak. adakah itu disebabkan jangkitan yang dihadapi mulut saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan/bengkak yang terdapat di bahagian rahang atau leher anda mungkin berpunca daripada beberapa sebab seperti:
- Radang tonsil
- Radang kalenjar air liur
- Bengkak nod limfa tekak
- Bisul daripada ulser mulut
Sekiranya masalah ini semakin memudaratkan ataupun masih berlanjutan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.