intankunurshella
2 tahun
Ketulan di leher kiri
Saya wanita dlm usia 20-an,saya baru2 ni terdpt ketulan kecil di leher kiri,ketulan tu x rasa sakit ponn,minta pendapat doktor,terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penyebab benjolan di leher adalah berikut:
Radang tekak: penyakit “pharyngitis”faringitis bakteria menyebabkan radang tekak.
Kelenjar tiroid: kelenjar ini berbentuk kupu-kupu yang berada di hadapan leher dan tepat di depan tekak.
Kanser: bengkak di leher merupakan tanda pertama untuk kanser mulut, tekak, dan pita suara.
Kelenjar ludah: bengkak di leher sebelah kiri atau kanan selalunya berasal dari kelenjar ludah atau parotitis.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih