Anonymous
2 tahun
Ketulan di celah kangkang
Sy berusia 25 thun ,perempuan danblum berkahwin.period hari kedua dan dpt rasa ada lymph node swelling dkt right groin .Rasa sakit .
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketulan dibahagian kelengkang boleh disebabkan oleh:
- Bengkak nod limfa bahagian pelvis
- Hernia - inguinal ataupun femoral
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Kista (Cyst)
- Neuroma saraf femoral
- Safena variks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.