
Sulit
3 tahun
Kuarantin di rumah selepas dapat positif result
Hi. Saya berumur 29tahun. ingin bertanya, jika seluruh isi keluarga di dalam satu rumah positif. Masih perlu asingkan diri sesama sendiri ke? Perlu pakai mask atau apa apa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, jika seluruh ahli keluarga di dalam rumah yang sama disahkan positif COVID-19, maka tidak perlu untuk anda mengasingkan diri sesama sendiri. Secara umum, berikut merupakan garis panduan yang disarankan dan perlu dipraktikkan bagi sesiapa sahaja yang sedang kuarantin kendiri terhadap orang lain (yang tidak dijangkiti COVID-19):
- Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
- Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
- Tinggal di bilik berasingan dan menggunakan tandas yang berasingan (INI PENTING)
- Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
- Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
- Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
- Sekiranya bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
- Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
- Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
- Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
- Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini