Kayla
6 tahun
Kulit semakin mengendur
Salam doktor. Kulit saya kelihatan semakin mengendur bila nak masuk usia 50-an ni. Saya cuba juga pakai produk-produk krim dekat tv tu, tapi kadang-kadang sama je result dia. Ada nasihat tak doktor macam mana saya boleh nak maintain supaya kulit saya nampak muda? Thank you doc!
6 tahun
Hai, terima kasih atas persoalan ini. Penuaan adalah proses semula jadi yang berlaku di dalam badan kita. Terdapat banyak produk dan prosedur yang digunakan untuk memperlahankan perubahan yang berlaku pada kulit untuk orang yang berumur.
Pengisi dermal (dermal fillers) dan kolagen. Pengisi dermal biasanya dilakukan di pipi untuk mengangkat kulit kendur yang kelihatan tenggelam di pipi. Pengisi kolagen terutamanya digunakan untuk meningkatkan penampilan kedut muka dan memulihkan kepenatan wajah di pipi dan kulit muka secara amnya. Pengisi kolagen menggalakkan pembentukan kolagen baru di kulit.
Terdapat juga teknik bukan invasif yang telah mendapat populariti baru-baru ini. Ini adalah dengan kaedah laser Fraxel, CO2 resurfacing laser dan Ultherapy. Fraxel laser merupakan pecahan laser yang dapat masuk ke dalam kulit untuk merawat lapisan yang lebih mendalam. Ia menghapuskankan sel-sel yang lama, rosak dan merangsang pertumbuhan sel-sel yang baru dan sihat dan seterusnya, mengurangkan kedutan dan garis halus. Fraxel juga mengurangkan penampilan parut, tekstur dan melicinkan rona kulit anda.
Ini adalah beberapa pilihan rawatan terbaik untuk wanita berusia 50-an. Semoga penjelasan ini membantu anda memahami pilihan yang ada. Adalah dinasihatkan supaya anda berunding dengan pakar dermatologi atau doktor estetik untuk membincangkan apa yang paling sesuai untuk umur, jenis kulit dan keadaan kulit anda