Anonymous
2 tahun
Masalah bau badan yang kronik
Saya wanita berumur 29 tahun. Saya mengalami masalah bau badan yang agak kronik. Walaupun baru lepas mandi bau badan saya masih bau busuk. Saya ingin mencari ubat untuk menghentikan masalah bau badan yang saya alami
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bau badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diet tidak seimbang (contohnya terlalu tinggi karbohidrat dan protein, atau kekurangan vitamin)
- Masalah ketidakseimbangan hormon
- Stress
- Diabetes
- Jangkitan kulit terutamanya kulat
Sebetulnya, pengubatan harus diberikan bersesuai dengan penyebab agar dapat diatasi dengan baik. Justeru, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.