Anonymous
2 tahun
Mempunyai batu dalam hempedu
Saya wanita berumir 28 tahun,saya dia dah kn mempunyai batu dalam hempedu dan mensyorkan saya untuk menjalani pembedahan.pertanyaan saya…selain menjalani pembedahan adakah cara lain yang boleh saya lakukan untuk membrane batu dalam hempedu saya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah batu dalam hempedu yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat juga alternatif lain untuk mengatasi masalah batu hempedu seperti penggunaan ubat-ubatan, dan plan pemakanan yang spesifik. Lazimnya ia pada tahap awal dan tidak teruk. Namun, sekiranya doktor anda mengesyorkan pembedahan, ia merupakan jalan terbaik untuk masalah anda. Sekiranya pembedahan tidak dilakukan ia akan menyebabkan komplikasi lain yang lebih teruk seperti radang pundi hempedu.
Untuk menjawab kemusykilan anda dengan lebih spesifik, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.