bucketseat77
2 tahun
Batu karang dalam hempedu
Saya berusia 32 tahun, lelaki melayu. Masalah yang sering dihadapi kerap berlaku sakit dan tidak selesa ketika baring… Seperti berdenyut2 dan sakit nyilu. Saya membuat rujukan di bhg kecemasan, tapi hanya memberi ubat tahan sakit, gastrik dan masuk air. Serta bekalan ubat tahan sakit di rumah. Masalah nya, sakit yang saya hadapi, kerap berlaku… Dan menjejaskan aktiviti harian seperti bekerja. Bila sakit ini datang, saya tidak dapat menahan nye… Seperti berpeluk tubuh bagi mengurangkan rasa sakit. Masa sama, saya akan muntah. Pesakit buntu.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keteranga anda, gejala-gejala yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh masalah gastrik atau asid refluks. Antara gejalanya adalah seperti yang anda hadapi iaitu
- Sakit perut mencucuk atau pedih ulu hati
- Rasa mual dan muntah
- Penyakit ini sememangnya boleh menjejaskan aktiviti harian dan kerap berlaku terutamanya jika anda tidak menjaga pemakanan anda
Untuk makluman anda gejala batu hempedu pula adalah seperti:
- Kesakitan yang selalunya berlaku pada uluhati ataupun bahagian atas kanan abdomen atau sakit dada
-Kesakitan itu selalunya berlaku selepas makan kerana hormon yang terhasil selepas makan akan menyebabkan pundi hempedu mengecut untuk merembeskan cecair hempedu yang ada - Kesakitannya tidak akan berkurang setelah muntah ataupun pengambilan ubat antasid(ubat gastrik)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.