Anonymous
2 tahun
Merawat hmfd untuk wanita 21 tahun
Saya wanita berumur 21 dan di jangkiti dengan hmfd . Bagai mana untuk merawat penyakit ni
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Rawatan utama penyakit hfmd adalah untuk melegakan simptom demam dan sakit tekak… Antara rawatan lain untuk penyakit hfmd termasuk:
- Ubat atau preskripsi “over-the-counter” untuk melegakan lepuh dan ruam
- Ubat tahan sakit, seperti acetaminophen atau ibuprofen, untuk melegakan sakit kepala
- Ubat sirap atau “lozenges” untuk meredakan sakit tekak
Sesetengah rawatan di rumah juga boleh memberikan bantuan untuk membantu gejala penyakit tangan, kaki, dan mulut. Anda boleh mencuba rawatan berikut untuk membantu gejala lepuh menjadi kurang mengganggu:
- Menyedut ais atau popsikel.
- Makan ais krim atau “sherbet”.
- Minum minuman sejuk.
- Elakkan buah sitrus, minuman buah-buahan, dan soda.
- Elakkan makanan pedas atau masin.
- Berkumur menggunakan air garam di dalam mulut juga boleh membantu melegakan kesakitan yang berkaitan dengan lepuh mulut dan luka pada kerongkong. Lakukan ini beberapa kali sehari atau sekerap yang diperlukan.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.