
Sulit
4 tahun
Mual/loya tetapi tidak muntah
helo doktor. saya seorang lelaki dan ingin bertanya dalam berapa hari ni saya rasa mual dan loya tetapi tidak muntah. lebih lagi bila lepas makan/minum. dan diikuti dgn dalam perut terasa panas dan rasa tidak selesa itu menjalar naik ke area tekak membuat saya rasa mual dan loya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah mual atau loya ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- kesan sampingan ubat-ubatan
- migrain
- masalah gastrik
- sphincter bawah esofagus menjadi ketat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.