
Sulit
5 tahun
Pencerahan berkaitan COVID19 incubation period
Dr, saya mahukan pencerahan berkenaan incubation period COVID19 14 hari tu, adakah 14 hari selepas dijangkiti, baru kita akan menunjukkan simptom2 berkaitan atau ia adalah jangka hayat virus berkenaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Tempoh pengeraman atau incubation period bermaksud jangka masa seseorang terdedah kepada virus sehinggalah menunjukkan simptom. Tempoh pengeraman Coronavirus adalah dalam jangka masa 2 hingga 14 hari. Virus tersebut boleh hidup untuk beberapa jam ke beberapa hari di atas permukaan yang berbeza seperti kotak, kaca, besi dan sebagainya.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini