
Sulit
4 tahun
Period datang 4 atau 5 hari sahaja
Saya berumur 25tahun Dan belum berkhawin. Saya datang period tiap2 bulan tapi period saya hanya 4 atau 5 hari sahaja. Adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada penjelasan anda, kemungkinan besar lama haid anda selama 4 hari adalah masih normal.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.