manu.chaiyok
5 tahun
Period yang berpanjangan dan hormon tidak stabil
Salam Sejahtera Dr,
Saya berusia 35 tahun. Sejak bln Jan 19 saya mengalami masalah period yang tidak menentu. Pada bulan Jan 19 sy tidak didatangi haid sehingga la awal bulan Feb period datang selama 13 hari. Period pada 6 hari pertama sangat sedikit dan berwarna merah hitam. Selepas hari ke 7 period saya mulai banyak dan berwarna merah pekat. Saya tidak mengalami masalah senggugut sepanjang 13 hari tersebut. Bulan March dan April saya juga menghadapi masalah yg sama. Saya merujuk perihal period sy ini di klinik dan doctor suspect saya ada fibrod dan cyst melaui scan di perut. Bagaimanapun saya telah berjumpa pakar sakit puan pada bulan April lepas untuk kesahihan. Melalui scan di perut juga doktor mengatakan fibroid dan cyst saya hanya kecil dan tidak mendatangkan masalah. Doktor memberi ubat duphaston 10mg untuk 2 kali cycle period. Harini saya sedang mengambil ubat duphaston tersebut start dari 1st day period. Saya agak buntu kerana bulan ini 1st day period saya datang dengan banyak dan warna darah tersebut merah. Tetapi hari kedua period sudah seakan berhenti kerana hanya ada tompokan kecik darah saja yang keluar sehingga hari ke 13. Hari ke 14 darah mulai keluar berwarna kehitaman. Harini period saya sudah menjangkau 16 hari. Saya berasa sangat tidak selesa dan stress dengan period yang tidak menentu ini. Doktor juga sarankan supaya saya melakukan ujian pap smear tetapi darah period saya belum kering sepenuhnya utk melakukan ujian tersebut.
Adakah ubat duphaston ini menjadi punca pendarahan period saya melibihi 15 hari. Saya amat risau jika saya ada maslaah lain. Terima kasih atas kesudian doktor membaca masalah saya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca kitaran haid tidak menentu, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Menurut penyataan puan, puan didapati mempunyai fibroid dan diberi ubat Duphaston. Ubat ini bertujuan untuk membantu mengurangkan pendarahan yang berlebihan, menjadikan kitaran haid sekata. Antara kesan sampingan yang boleh diundang ialah seperti:
- Loya
- Muntah
- Pening
- Sakit kepala
- Berat badan bertambah
- Payu dara sakit dan bengkak
- Kurang darah
- Kemurungan
- Tidak bermaya
- Jaundice, kurang selera makan, sakit pada bahagian kanan abdomen yang menandakan kecederaan pada hati
- Alergik
Untuk mengetahui apakah punca yang sebenar bagi masalah anda, maklumat lebih lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.