
Sulit
3 tahun
Rasa nyeri di bahagian betis or seluruh kaki
Selamat petang, umur saya 28 tahun nie…saya sering mengalami rasa nyeri dibahagian betis ataupun seluruh kaki sewaktu ingin tidur…sewaktu ingin tidur saya akan mencari bantal untuk diletakkan dibahagian kaki supaya kaki tidak nyeri sewaktu baring…meski sudah letak bantal namun terasa nyeri masih ada…sukar nak tidur kalau merasa nyeri…apakah peyebab atau penyakit yang saya alami???

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi. Gejala ini boleh disebabkan faktor pekerjaan fizikal atau masalah kesihatan yang kronik. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh pada betis boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- kebanyakan pesakit melakukan aktiviti yang meningkatkan penggunaan otot betis seperti berdiri lama, bercangkung dan sebagainya.
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
- Masalah saraf tersepit di bahagian cervical spine/ akibat disc hernia
- Sciatica
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.