Sulit
3 tahun
Lutut berbunyi tapi tidak sakit
Doc, mcm mana saya nk hilangkan bunyi di lutut saya. Ia tidak sakit tapi berbunyi selalunya. Misalnya sewaktu solat kadang² bunyi sehingga membuat saya risau jgk. Adakah ini merbahaya dan apakah rawatan yang perlu saya lakukan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
i. Gelembung udara: Gelembung-gelembung udara kecil di dalam sendi lutut boleh terbentuk akibat perubahanan tekanan pada bendalir synovia. Apabila gelembung ini pecah, ia akan mengeluarkan bunyi berdetap atau “POP!”.
ii. Ligamen / Tendon: Ligamen dan tendon adalah tisu lembut dan kenyal yang terdapat dalam kebanyakan sistem sendi tubuh. Ketika lutut dibengkok, ia mungkin mengenai benjolan tulang lutut. Seperti getah yang meregang, ia akan berdetap dan menghasilkan bunyi apabila kembali semula ke posisi asalnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.