Sulit
2 tahun
Tapak kaki anak selalu sejuk
Sejak kecil anak saya menghadapi masalah tapak kaki sejuk. Tahap kesejukan nya amat dingin. Kini anak berusia 10 tahun. Sejuk di tapak kaki nya tidak mengira masa. Walaupun cuaca panas.Ini menimbulkan rasa tidak selesa. Selain itu kuku kaki nya juga berwarna gelap dan tidak dapat dikenal pasti. Moga dapat dikenal pasti permasalahan ini. Terima kasih doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tapak kaki atau jari kaki mudah berasa sejuk boleh disebabkan oleh gejala dikenali sebagai fenomena Raynoud. Hal ini boleh terjadi atas beberapa sebab seperti:
- Penyakit Raynaud
- Kesan ubat seperti ubat kelas “Calcium Channel Blocker”, “Beta Blocker”
- Kesan penyakit seperti SLE, Sjogren, Scleroderma
Selain itu, gejala kaki mudah berasa sejuk juga boleh disebabkan anemia (kurang sel darah merah) ataupun penyakit hipotiroid.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.